Rabu, 24 Jun 2009

Mengangkat Sasterawan


Ada seorang teman yang terkenal dengan obsesinya, dalam Facebook telah membuat perisytiharan secara rasmi mencalonkan Lim Swee Tin sebagai Sasterawan Negara, dan mengusahakan pengumpulan bahan bagi memastikan pencalonan itu suatu kenyataan.

Saya kagum dengan kesungguhan teman itu mahu mengangkat LST menjadi sasterawan terbaru persada sastera negara, dan masih memikirkan sebab dan alasan yang mahu dihujahkan untuk menguatkan pencalonannya. Barangkali dia merasakan LST mempunyai kelebihan atas kedudukannya sebagai orang bukan Melayu dalam persada sastera Melayu. Mungkin, saya cuma berandaian, atau sememangnya LST mempunyai kekuatan dan kelebihan yang saya tidak dapat lihat dan nampak. Pada masa sama saya juga memikirkan beberapa lagi nama yang mempunyai kekuatan tersendiri untuk layak dicalonkan, sama ada mereka ini secara relatifnya masih muda dan tidak kurang juga veteran.

Keghairahan untuk menjadi calon dan seterusnya dinobatkan sebagai SN sememangnya menjadi arus yang begitu kuat dalam persada sastera negara dan saya tidak hairan apabila mengingatkan ada nama-nama lain yang turut 'bersemangat' untuk mendapat pengiktirafan ini dan tentunya dengan dalil dan kelebihan masing-masing dalam memberi sumbangan kepada gerakan sastera negara.

Malah saya memerhati terdapat individu yang begitu dan seperti terdesak untuk mendapat pengiktirafan ini; dan bagi saya, jika mereka layak, apa salahnya panel yang bertanggungjawab meluluskannya.

Tetapi persoalannya, apakah calon-calon ini sememangnya layak atau sekadar gah pada nama dan sekadar cakap berdegar? Saya sebagai pemerhati kadang-kadang tertanya kepada diri sendiri, apakah menulis dan berkarya, bersastera untuk mendapat pengiktirafan ini untuk merasakan bahawa sastera negara telah dimartabatkan, juga martabat diri telah diangkat oleh negara.

Bagi saya, jika kita ikhlas dalam perjuangan, maka bekerjalah kita tanpa memikirkan pulangan berupa pengiktirafan seperti ini kerana kelebihan dan kekuatan kita akan dinilai pada hasil kerja, bukan pada pengiktirafan semata-mata. Juga, apakah kita mahu melakukan 'silap mata' untuk memastikan kita mendapat pengiktirafan dan dinobat? Entahlah, tetapi ini sebahagian daripada percaturan.

10 ulasan:

sahrunizam abdul talib berkata...

Pada profil tuan ada frasa yang saya suka. "Menulis sikit- sikit untuk mencari duit poket lebih". Terasa benar kejujuran dan sifar hipokrit.Lebih baik daripada mereka yang melobi-lobi sedangkan bibir kerap berpura"tujuan saya menulis hanyalah untuk kepuasan". Soalnya kepuasan tidak boleh digunakan untuk membayar tol atau membeli petrol.

Luqman Hakim QA berkata...

Tuan pemuisi, pada suatu ketika dulu hamba pernah menjadikan kepuasan berkarya sebagai tujuan utama menulis dan ia masih kekal dalam idealisme penulisan hamba. Ya, memang saya meletakkan nilai wang dan pulangan duit dalam menulis sekarang ini dan sebab itu memilih untuk menghasilkan novel pop dengan cerita cinta serba-serbinya, tetapi saya juga mengharap kerja saya menjadi amal saya di dunia ini, dan saya akan teruskan cara ini. Seronoknya bila dapat wang ialah bila boleh belanja kekawan...hahahaa

Salina Ibrahim berkata...

Bila nak belanja saya dengan duit hasil penulisan novel pop tuan? ;-)

edolah berkata...

kau tulislah pula novel pop yeh yeh... boleh pakai nama pena s.jibeng.

p/s: kau pernah nampak isteri s.jibeng?

Luqman Hakim QA berkata...

Salina, bila hamba berkunjung ke Karangkraf.
Edolah, nama pena aku tak pakai la. kebanggaan penulis juga pada namanye, kan? isteri arwah tu..rasanye, penah nengok dalam gambar jerrr...opsss, mungkin tak dak. tapi aku heran mmacam mana hang boleh guna nama edolah^_^

Unknown berkata...

Dah dapat duit imbuhan ya...bleh lah tumpang sekaki?

Luqman Hakim QA berkata...

Nebula, sekaki je? makhluk apa ada sekaki tu?

Unknown berkata...

Cari lah kat zoo negara...pasti jumpa. Duk tegak berdiri dalam kolam. Hehee.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Luqman Hakim QA berkata...

Nebula, hahaha!