Selasa, 22 Jun 2010

Merida TFS XC 500



Ini basikal terbaru aku, menjadikan kini aku ada tiga bijik basikal atau gerek. Taklah banyak sangat, sebab ada orang sampai tujuh basikal - tak taulah bila nak kayuh. Ataupun ada basikal yang berharga puluha ribu, sebab aku punya kalau dikira semua duit yang aku belanja untuk upgred dengan tukar bagian tertentu belum lagi cecah sepuluh ribu ringgit.

Basikal ini Made in Taiwan, jenama Merida - antara jenama terkemuka pengeluar basikal gunung. Dan untuk model TFS XC 500, ia merupakan edisi Malaysia sahaja (jual di Malaysia aje)dan bersaiz XS. Yang dalam gambar ini adalah Merida TFS XC 400 dan keduanya dibezakan oleh harga dengan spesifikasi grup set dan fork. beza harga antara kedua model ini adalah seribu ringgit.

Minggu lepas merupakan peluang pertama saya mengatih basikal ini off road di dalam Ladang Elmina, Sungai Buloh yang terletak sebelah menyebelah Lebuhraya Koridor Guhtrie (milik Sime Darby) yang terletak di sebelah kawasan perumahan. Itu juga pengalaman pertama selepas lebih setahun tidak berkayuh di off road.

Seronok, memang. Mendaki bukit cerunnya mencecah 40 darjah di jalan berbatu dan bertanah merah atau tanah kering berlubang memang pengalaman yang menarik. Begitu juga ketika menuruni cerun curam yang jalannya tak rata dan berlekuk. Aku yang penakut sikit terpaksa la main brek, sedang member lain laju semacam menurun cerun...tapi pengalaman ini memang menyeronokkan, ditambah mengayuh di laluan kanopi yang landai secara laju. Aku pun pernah terbabas masuk dalam semak yang penuh dengan kerengga lebih setahun dulu ketika aktiviti ini, gara-gara menurun cerun curam yang menyebabkan aku hilang kawalan. Tapi kemalangan memang perkara lumrah dalam aktiviti basikal lasak ini. Orang yang berpengalaman pun boleh kemalangan seperti terjatuh dari basikal atau terbabas atau tergelincir sampai bercalar-balar.

Cuma, bagi orang yang berpengalaman laluan off road di dalam ladang kelapa sawit bukanlah suatu yang mencapai, apatah lagi mereka yang sudah biasa dengan single track yang lebih teknikal.
Antara basikal gunung dan roadie, menjanjikan keseronokan berbeza. Roadie atau lebih dikenali racing memang sesuai untuk merasai pengalaman kelajuan yang memerlukan kekuatan dan stamina seperti Anuar Manan, sementara basikal gunung memerlukan kecekapan dan kawalan tinggi selain stamina yang kuat. Jika tidak, boleh termuntah semasa mendaki cerun curam yang panjang.

6 ulasan:

saleeh rahamad berkata...

tinggi seatnya. sampai ke kaki tu. saya pun pernah tersungkur menurun bukit bila tak dapat kawal masa kawan heret dgn motoskal. kerja gila yang tak boleh dilupakan

benuasuluk berkata...

aku baca entri hang pun dah nak termuntah, belum berkayuh lagi hehe. Takpalah, nanti aku beli motor bikes, senang-senang bolelah meneman hang mengatih gerek kehkehkeh

S.M. Zakir berkata...

aku pakai motor jaguh aku boleh ikut ka.. wakakaka

Tanpa Nama berkata...

Nak tambah lagi dua atau tiga bijik pun boleh. Kena buat duit dulu la. Nak tau lawat lah laman ni. Tengah panas ni. http://maxicash.ws

aminudin@amienze berkata...

wah...boleh join la ni...saya pun ambik merida tfs 500 posa tahun lalu...kalau nak test trailo belah utara...roger2 la

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro...memang syok layan MTB ni...hardtail memang syok...kena plak ngan Merida lagi laa...saye pun ade sebijik gerek same mcm Bro gak la ( 2nd hand je ...bila2 boleh laa ajak saye main kat trek bro plak yea...mesti layan punye...