Selasa, 30 Jun 2009

Bahasa Melayu pun ada pakej





* Di bawah adalah berita yang dipetik dari Utusan Malaysia tulisan Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia, Samsor Jonet - dia ni senior skit semasa saya makan gaji di UM suatu masa dulu - dan tulisan ini memberikan gambaran mengenai pengumuman yang akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi.



PARIS 29 Jun - Satu pakej yang lebih baik akan dikemukakan berhubung keputusan muktamad mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dijadual diumumkan dalam masa terdekat ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan mengenainya akan mengambil kira kepentingan semua pihak terutama pelajar terbabit yang berjumlah kira-kira lima juta orang, guru-guru dan ibu bapa.
"Apapun keputusan yang bakal dibuat, kita akan kemukakan pakej yang dianggap lebih baik berhubung PPSMI," katanya yang juga Menteri Pelajaran kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Perancis, sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Ibu Pejabat UNESCO di sini.
Muhyiddin berkata, kerajaan tidak boleh terburu-buru dalam membuat keputusan berkenaan kerana kesannya sangat besar dan melibatkan banyak pihak.
"Apa juga keputusan yang dibuat kita kena fikirkan kesannya bukan sahaja pelajar malah masyarakat dan negara. Kalau nak ubah sistem memang senang tetapi apa sistem gantinya," katanya.


Tentunya, tatkala membaca berita dari Paris dalam Utusan hari ini mengenai PPSMI, bukanlah suatu yang menyenangkan fikiran, saya! Sebenarnya, saya semakin hilang keyakinan apakah pemerintah mahu mengorbankan PPSMI tanpa melakukan sebarang tukar ganti yang pasti menjengkelkan hati dan perasaan. Jika PPSMi dihapuskan, pastinya kerajaan akan melakukan sesuatu untuk memastikan dasar yang ditentang hebat ini secara mutlaknya tidak terhapus terus, dan pastinya tindakan memansuhkan PPSMI akan mengundang pertelagahan dalam pemerintah sendiri, terutama membabitkan sang peludah bahasa (oh ya, sang peludah itu asalnya bukan bahasa Melayu bahasa ibundanya, macam saya jugak; tapi saya tidak meludah sebab saya cari duit lebih guna bahasa ini).

Apakah pakenya PPSMI akan diajarkan dalam dwibahasa? Saya tidak menolak dan jika ini berlaku ia bukanlah suatu yang menggembirakan, langsung! memandangkan pemerintah masih percaya kepada dongeng ketinggian BI sebagai bahasa sains dan matematik. Bagi saya ia hanya merupakan langkah mengendur kerajaan atau sekadar pemanis semata-mata, sedang pahit hakikatnya, jadam!

Saya juga mahu mengulas hal kononnya penukaran dasar PPSMI akan melibatkan banyak perkara seperti jumlah pelajar yang mencapai lima juta orang dan logistik lainnya. Jika ini dijadikan alasan untuk hari ini, kenapakah alasan ini tidak digunakan semasa pemerintah hendak melaksanakan PPSMI dulu. Bukankah semuanya dulu dalam bahasa Melayu dan sudah berjuta-juta pelajar mempelajari sains dan matematik dalam BM? Huhhh...!

Oh, ya, barangkali saya perlu memberi peluang kepada pemerintah membuat pengumuman terlebih dahulu sebelum membuat ulasan kerana seolah-olahnya saya terlalu ke depan dan menabur prasangka dan menghentam pemerintah yang berkuasa itu.

Sebenarnya saya, selepas beberapa tahun, ingin melihat kerajaan melakukan sesuatu terhadap ketinggian bahasa Melayu, tidak semata-mata ditugaskan kepada DBP semata-mata, dan selama beberapa tahun ini saya tidak nampak usaha yang jelas dan pasti oleh kerajaan.

Atau saya yang rabun ...

6 ulasan:

Sham al-Johori berkata...

Tuan Tanah,
Dah cukup peluang yang kita bagi kat depa. Depa macam binatang (sopan sikit drp babi) yang pelahap. Lebih teruk daripada binatang (santun sikit drp anjing). Depa makan apa-apa sahaja janji binatang ada tulang belakang dan menghadap langit. Janji depa senang di dunia.
Hehehe

u-wartawan berkata...

sebab bagi peluang yg naik tocang!

sahrunizam abdul talib berkata...

Ayat Lawak Paling Cerdik Pada Abad Ini. "Kalau nak ubah sistem memang senang tapi apa sistem gantinya"

Woi tak ada akai ka?

Luqman Hakim QA berkata...

sahrunizam, sejak bila la pulak pemimpin politikus MalaysiaBoleh ada akai? asyik arap pegawai yang kaki ampu tetapi jibam yang teramat!

Unknown berkata...

Inilah yang dikatakan merumitkan benda yang mudah. Tak ada kerja cari kerja. Ilmu pun nak di politik kan. Yang pening kepala bukan guru-guru dan mak bapak sebab depa dah dewasa dan pandai berfikir..dah tak amik periksa lagi dah.Yang bercelaru otak anak-anak...Siapa yang betul dan mana yang nak di ikut? Lama2 budak jadi sewel dan ilang semangat nak belajar. Nah..amik kau! Pelapis politikus akan datang semuanya jenis lalang lah nampaknya...tak pun makhluk dicucuk idung.(Lembu pun malu nak ngaku)

Luqman Hakim QA berkata...

Nebula, politikus tidak ada bezanya dengan tikus membaiki labu! depa yang selalu membawa kerosakan ke muka bumi,